ada lagik nak kongsi citer nie..semalam since abi ada plan nak beli keta baru kita pun g la showroom nak tengok keta..

ibu cadangkan abi g tengok Proton Exora yg baru lancar tuy..so kami bergerak la ke Kedai Proton Kat Taman Jaya Skudai tu..

wah, ada test drive lagik..1st impression tgk exora, bg ibu ok la..hehehe..sebab ibu bukan peminat kereta MPV..abi minat..layan je la minat abi..kaler yang ada cun gak..


ibu paling berkenan kaler pyrite brown tuy..tapi yg tu la paling ramai orang book, silap aribulan, atas jalan nanti semua exora kaler tu..ari tu ibu jadik jurugambar, abi n irdina jadi model kat protoon tu..tak pelah, ibu tak cun ari tu, malas nak bersiap la sejak ada irdina ni..hehehe..


melentok je irdina yer..manja betul dgn abi dia..jeles la ibu..huhuhu..


ibu plak buat2 la tengok enjin, siap amik gambar lagik tuy..padahal bukan la reti apa kebendanya pun pasal enjin keta nih..mcm apa tu..ibarat kera mendapat bunga..hehehe..ye ker peribahasa tu? dah lama tinggal BM ni..SPM dulu pun nasib baik ok arr..kikiki..



secara keseluruhannya, bagi ibu, ok la exora nie..kalau abi minat, ibu tak de hal, leh naik keta baru..tapi abi kata jom kita tgk lagik satu keta..yg ni jadi idaman abi..ibu tanya kat ne n keta apa?..abi kata," jom la dulu.."..wokeh..jalan2 best je..nanti ibu citer in next entry..


DAH Agak lama ibu tak update blog nie..sibuk manjang..hehhee..tak pun buat2 sibuk..

ari isnin lepas after abis paper, ibu dah janji nak teman abi g MSAM 09 (Minggu Saham Amanah)kat Angsana tuy..hehehe..tapi ibu penat bangat after exam pagi tuy, dari kul 3 ptg ibu tertido sampai la 6.30ptg sekali dgn irdina pun penat..lepas wake up ptg tu, abi tetap nak pegi MSAM tuy..

so kita sampai angsana dah kul 7.15mlm..g solat kat surau angsana..lepas tu berjalan la menuju je MSAM TUy..sampai2 je tgk org duk punggah barang masuk lori..abi tanya,"dah abis ke ek? mcm org duk mengemas jek.."

ibu pun intai2 la kat dalam dewan tuy..sah kosong..huhuhu..abi punya la frust sbb tak dapat nak g MSAM tuy..cian abi kan> sbb tggu ibu abis final la abi baru dapat g MASM arini..tapi tak de pe pun yg tinggal..huhuhu..




tapi ibu seronok sikit, leh la naik angsana semula n shopping baju irdina..pilih punya pilih ibu amik la 3 pasang baju..oklah ada sales murah la jgk..tgk2 ada contest kat situy..siap ada jurugambar lagi tgh standby nak amik gambar..org pun tak ramai sbb ari bekerjakan? Hehehe..alang2 dah layak masuk contest ibu pun isi borang..then jurugambar tu amik la gambar irdina..dah senyum dah, tapi kaki asyik terangkat jek..eksited sgt irdina ni..ibu tak tahu apa jd dgn gambar irdina...nanti kita g angsana, kita tgk ye sayang..



wahh...penatnya rasa bila final exam tiba..tido ibu terganggu..cewah, tak cukup..ibu pun mcm irdina gak kena cukup 8 jam sehari..
semalam berakhirlah final exam dgn last paper fizik keadaan pepejal..soklan leh tahan gak ler..hehehe..tawakal je lah lepas berusaha..

tapi paling ibu terkilan, bila ibu sibuk study, irdina merengek pun ibu terpaksa pekakkan telinga..irdina pulak hanya nak tido dgn ibu, kalau ibu tak ada kat sebelah irdina akan terjaga..so selama beberapa malam ni lah irdina tido lewat mencecah pukul 2.30pg..

cian irdinakan? tak cukup kasih sayang ibu..maafkan ibu sayang, namun ini jua masa depan kita..irdina tentu nak lihat ibu grad dgn cepatkan?...namun jalannya pasti berliku..

study zaman jadi ibu dan isteri ni tak sama mcm study zaman teenager dulu..ibu terkenang saat itu..bersama auntie walida, auntie ida dan auntie nora..setiap musim exam auntie walida paling suka jd antu library..sejak tak study sesama lagi, ibu dah kena sumpah dgn library utm tu..kikikiki..tak penah jejak lg..kalau jejak pun utk pinjam buku jer..tapi buku terlampau banyak, lum ada rekod ibu jumpa buku yg ibu nak cari..lain yg dicari, lain pula yg jumpa..

kenangan tu semua takkan mudah luput dr ingatan ini..sekrg zaman dah lain..study pun dgn anak dan suami..keja umah lagi..bla..bla..bla..dan mcm2 lg..hehehe..







Yer..kerana pesanan Rasulullah saw ini lah yg buat ibu sentiasa fikirkan yg terbaik utkmu sayang..
Ibu tidak ingin silap mendidikmu..ibu tak ingin salah mengajarmu..ibu juga tak mahu masa sepatutnya merangsangmu menjadi cerdik dan pintar berlalu begitu sahaja..



"Ya Allah..mudahkanlah tugasku mendidik dan mengasuh Irdina Insyirah..aku tak ingin sia2 kan hidupnya..anak ibu, sambung la perjuangan ibu, sayang..ibu tak mampu utk meneruskan langkah lagi..terlalu byk yg ibu tak dapat sempurnakannya.."
berkali-kali ibu dengar nasyid nie..tp tak pernah ibu rasa jemu...
bait-bait liriknya cukup menyentuh hati..
sesungguhnya kita hamba Allah selalu lalai dan lupa...arini wat salah dan taubat..esok wat lagi..
namun sesungguhnya sesuai dgn fitrah hambaMu ini, Engkau lah YAng Maha Pengampun Lagi Maha MEngasihani..

AKu TAnpa CIntAMu..

Izzat:

Telah ku mungkiri janjiku lagi

Walau seribu kali

Ku ulang sendiri

Aku takkan tempuh lagi

Apakah kau terima cintaku lagi

Setelah ku berpaling

Dari pandanganMu

Yang kabur kerna jahilnya aku



Faizal: Mengapa cintaMu tak pernah hadir

Subur dalam jiwaku

Agarku tetap bahagia

Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana

Aku tanpa cintaMu

Bagai layang-layang terputus talinya



JayJay:Telah ku mungkiri janjiku lagi

Walau seribu kali

Ku ulang sendiri

Aku takkan tempuh lagi

Apakah kau terima cintaku lagi

Setelah ku berpaling

Dari pandanganMu

Yang kabur kerna jahilnya aku



C/O: Masihkah ada sekelumit belas

Mengemis kasihMu Tuhan

Untukku berpaut dan bersandar

Aku di sini kan tetap terus mencuba

Untuk beroleh cintaMu

Walau ranjaunya menusuk pedih



3:35 minit
Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab
Producer: Mujahid Abdul Wahab
Vocal Arrangement: Mirwana
Music Arrangement: Mujahid Abdul Wahab
resepi ni feveret abi..ibu tak penah mkn pun sblm nikah dgn abi..tapi sbb dah jd feveret abi, ibu pun belajar la dgn ma tok (p.mas)..akhirnya ibu pun suka kat ayam serai ni..mudah, bahan2 pun confirm yg dah ada dlm peti ais..

Bahan2 (utk 4 org makan):
minyak utk menumis
serai (3 btg) --blend
bawang putih (2 ulas) --blend
bawang merah (3 ulas) -- blend
cili padi (5-7 --ikut suka kalau nak pedas tambah lg) --blend
halia (1 inci) --blend
air asam jawa (ikut rasa masam yg diinginkan)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air (sbg kuahnya)

cara2nya:
  1. blend semua bahan yg hendak di blend.
  2. then, panaskan minyak. setelah minyak panas tumiskan semua bahan yg diblend.
  3. bila agak garing, masukkan air.
  4. setelah itu masukkan ayam. tutp periuk, biarkan ayam masak.
  5. setelah ayam masak, campurkan air asam jawa.
  6. then, masukkan gula dan garam secukupnya.
  7. daaa...siap. hidangkan makan panas2..
hari ni hari malas nak masak..hehhe..ada time tu nak masak tak nak masak..ermm tapi abi plg suka makan nasi ayam ibu buat..so let's go to kicthen..

utk sup:
sedikit halia
minyak (sedikit)
bwg putih 2-3 ulas
sup bunjut adabi
air
ayam (6 ketul)
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)

cara buat sup: (nie simple punya)
  1. tumis bwg putih dan halia. dah naik bau masukkan air.
  2. then masukkan ayam..masukkan sup bunjut adabi..(duta adabi ker? kena byr kat ibu ni adabi) tutup periuk biarkan ayam masak.
  3. lepas tu keluarkan ayam dr sup td.
  4. masukkan garam dan gula..siap.
nasi ayam:
halia (1 inci)
2-3 bwg putih
beras yg di basuh
sedikit serbuk kunyit adabi
majerin (@ minyak sapi)
daun pandan
sedikit garam

cara2:
  1. masukkan majerin atau myk sapi sebagai menggantikan myk.
  2. tumis bwg putih dan halia yg ditumbuk halus.
  3. bila naik bau, masukkan air sup secukupnya
  4. masukkan beras yg dah di basuh.
  5. masukkan sup lg sehingga cukup utk memasak beras td..if jumlah ramai, campur dgn air masak.
  6. masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  7. masukkan daun pandan. terus memasak sehgga periuk nasi bg signal nasi dah masak.
utk ayam:
sedikit halia
bwg putih 2-3 ulas
sos tiram
sedikit garam
sedikit gula
kicap

cara2:
  1. tumbuk bwg putih dan halia hingga lumat.
  2. masukkan garam dan gula.
  3. masukkan sos tiram dan kicap
  4. gaulkan sebati..
  5. lumurkan pada ayam yg diangkat dr sup td.
  6. perap utk seketika.
  7. goreng dlm myk yg panas.
  8. bila masak angkat dan hidang berserta daun salad.
bahan2 lain:
yg wajib utk sup
spt daun sup, daun bwg, bwg goreng, asam limau dan cili padi.
yer..mmg betul..abi dan ibu yang memilih nama irdina insyirah jika kami menimang cahaya mata permpuan..

irdina bererti kehormatan kami..semoga irdina menjadi lambang kehormatan ibu dan abi..
insyirah bererti kegembiraan kami..sempena dgn surah al-insyirah (surah yang menjadi penghibur Rasulullah saw)..

dan begitu juga irdina..dia menjadi kegembiraan kami, detik kelahirannya, menjg dan membesarkannya..

irdina baby yg tenang..tak penah buat ibu terasa susah menjaga irdina..bukak je mata waktu pg..semanis senyuman irdina beri utk ibu..tenangnya hati seorg ibu..

begitu juga bila nampk ibu, senyuman eksited yg irdina berikan buat ibu rasa bahagianya menjd seorg ibu, kerana ibu tahu senyuman semanis itu hnya utk ibu..

bila ibu sibuk memasak di dapur, irdina bermain sendr dgn baby bear dan monty lion nya..kekdg terdgr juga rengekan irdina minta disusukn..dan ibu dgn senang hati meluangkn masa utkmu sayang..

bila ibu solat, irdina seperti mngerti, hanya diam dan bermain sendr, lepas ibu bg salam dan senyum pada irdina, br irdina merengek minta didukungkan..

hari demi hari tanpa ibu sedar, irdina semakin membesar..bila tgk gambar dr lahir sampai skrg, br ibu tahu anak ibu sdg membesar dgn ceptnya didepan mata ibu dan abi..

ibu ingin mengabadikan segala suka duka bersamamu syg di blog kesygn ibu ini..semoga irdina dpt menatapnya satu waktu nanti..
Antara idola ibu dalam mendidik irdina menjadi anak yang solehah adalah luqmanul hakim..sungguhpun ibu sedar mendidik anak2 menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dlm buku, majalah dan seminar..

namun, nasihat dan panduan ini boleh dijadikan landas untuk ibu merealisasikan impian murni ini..dan untuk irdina, bacalah selalu nasihat ini, semoga irdina sentiasa di bawah lindungan Allah. Luqmanul hakim berpesan kepada anaknya:

  1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama dan dengarlah kata-kata para hukama (org yg bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yg mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yg mati dgn hujan yg lebat.
  2. Janganlah engkau jd lbh lemah drp seekor ayam jantan, ia telah berkokok pd waktu pg hari sdgkan engkau pd ketika itu masih terbaring di katilmu.
  3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kpd Allah kerana mati itu akan dtg secara tiba2.
  4. Dunia ini bagaikan lautan yang dlm, byk org sudah ditenggelamkannya. oleh itu, jdkanlah takwa sbg kapalnya.
  5. pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan menyirami tanaman.
  6. Tiga org yg tdk dpt dikenali melainkan 3 keadaan. Org yg lemah lembut melainkan ketika marah,org yg berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongn drpnya.
  7. Sesungghnya dunia ini sedkit shj, sdgkan seluruh umurmu lbh sedkit dr itu. Manakala umurmu yg mash berbaki lg amat sedkt drp yg lebh sedkt td..
wallahualam..

(sumber:tips mendidik anak pintar yg tidk diganggu syaitan oleh Adil Akhyar)
mengimbau kembali detik2 ibu ketika melahirkan irdina membuat ibu semakin mengasihimu sayang..
semoga coretan ini, menjadi tatapanmu bila irdina dah dapat membaca nanti..

seawal pagi kamis (4hb 12 2008) ibu mula resah sepjg mlm..tido tak nyenyak, asyik ke bilik air shj..sekejap buang air kecik, sekejap air besar..ibu dah mula rasa pelik namun tanda2 sakit langsung tak ada..

menjelang subuh, bila ibu ke bilik air untuk amik wuduk, masa tu dah kuar sedikit lendir darah..ibu tak panik cuma sedikit terkasima..lalu ibu beritahu abi dan ma tok..

ibu dan abi ke hospital setelah menjamah sedikit sarapan pada pagi tu..bila cek up HUSM, ibu diminta baring untuk prosedur cek jalan..inilah pengalaman paling ngeri seingat ibu..jalan langsung tak ada even 1cm, tapi 4 org doktor yg cek..wussssssssss..serikkkkkkkkkk ibuuuuuuu..

lantas ibu dimasukkan ke wad dahulu smntara tggu sakit dtg..sehingga petang dah ramai sedara mara yang melawat, namun ibu nampak wajah mereka sedikit hampa, yelah org dtg nak tgk org baru, tapi melihat ibu yg masih tak ada tanda2 ni rasa kecewa jgk merekakan?..

menjelang mlm ibu dipindahkan ke katil bahagian sebelah, nurse takut ibu lelah sbb area tu aircond..sejukkk..mulalah ibu mengangkut brg seorg diri..seorg ahli keluarga pun tak dibenarkan teman, nilah keburukan HUSM..yg lain tip top..

kata kakak sebelah katil ibu, "ha, jap lagi konfem sakit perut duk mengangkut brg berat tu.".
ibu hanya tersenyum kelat..hehehe..

sebelum tu, lupa nak citer..ibu solat la magrib + isya' +hajat..baca yasin, syahdu sgt rasa masa tu, entah mcm nak mati pun ada..tak tau macmana pengalaman bersalin ni..takut, gembira, berdebar dan sebagainya bercampur menjadi satu..

sambung citer td plak..lepas mengangkut brg, ibu pun berehat la atas katil, konon2 nak baca paper, sekali rasa mcm sakit yg pelik kat perut..makin lama makin kerap..aisyeh, masin plak mulut kakak tu..mungkin ibu jenis org yg tak tahan sakit kot..sakit sikit jer, tapi ibu dah mula tak senang duduk..sepjg mlm ibu tak dapat nak tido..

jam 4 pg nurse dtg cek pesakit..nurse tu tgk ibu mcm dah tak tahan..dia kata kalau ibu dah tak tahan sgt dia nak cek jalan..ibu bersabar lg, tapi pada jam 8 pg, ibu dah tak tahan rasanya..doktor yg cek pesakit pg tu pun kesian tgk ibu, dia cek jalan, katanya br 1cm..mcmana nie?? akhirnya doktor tu decide nak inject ubat tahan sakit..ibu setuju ajer..

lepas inject ibu baring, kata doktor ubt tu efek dia jd sgt mengantuk, akhirnya ibu tertido dlm kesakitan, tp dah tak rasa sebb kesan ubt tu..tetiba ibu rasa hangat tgn seseorg mengelus lembut tgn ibu..ibu bukak sikit mata, oh..rupanya abi dtg..ibu hanya tersenyum kelat..masa tu jam dah 11pg..abi bgtau dia akn teman sehingga jam 1tgh seblm abi g solat jumaat..ibu bgtau abi nak bersalin hari jumaat..abi ckp insyaAllah..akhirnya ibu tertido lg..

jam 2ptg, ma tok dtg teman ibu, masa tu kesan ubt thn sakit dah hilang..ibu dah tak thn sgt..ma tok lg tak thn tgk ibu sakit mcm tu..ma tok kata, mlm ni ibu akan bersalin insyaAllah..menjelang petang kelurga p.mas plk dtg melwt, ma tok (p.mas) sapukn minyk selusuh dan bg ibu minum myk tu..katanya untuk mudah nak bersalin..lepas tu sakit yg dtg makin kerap dan menjd2..ibu dah tak thn rasanya..

menjelang malam, ibu dah tak berdaya..lemah sbb dah seharian tak makan sejak mlm td..dah la sesape pun tak leh teman kat dlm wad, tp abi dan ma tok (p.mas) begitu setia menemani ibu spjg mlm di luar wad.. lagi la ibu tak mampu nak buat apapun..bila sakit, ibu meneran sendr..sehingga la seorg nurse tu perasan ibu meneran sendr..dia cek jalan sbb risau tgk ibu, katanya br 4cm..tp memandangkan ibu meneran sendr, nurse tu takut terjd sesuatu yg buruk..dia kata nak tolak masuk labour room..tapi dukacitanya waktu tu labour room penuh! wah, ramai betul org bersalin ni yer..

tepat pukul 10mlm, nurse suruh ibu kemas brg bwk lampin n baju bb..mcm eksited tapi ibu takut juga..nurse suruh ibu makan sikit utk tenaga masa meneran, tapi apakan daya ibu nak minum pun tak terdaya, sakit sgt yg ibu rasa..akhirnya kakak kat sebelah dan bwh katil ibu dtg tlg buat air dan bg ibu minum..Note: buat kakak tu yg baik hati, semoga Allah membalas kebaikanmu..

lepas tu ibu ditolak masuk labour room..berdebarnya rasa, sakit lgi..ibu dimasukkan air utk mengurangkan rasa sakit..masa tu ibu tgk jam kat dindng dah 10.30mlm..doktor terpaksa menunggu jalan terbuka sepenuhnya 10cm br suruh ibu teran, jd dia suruh ibu bersabar..

jam 1.30pg, dktor cek jalan lg, masa tu dah 6cm, abi disurh masuk menemani ibu..tapi jalan terbuka hanya 1cm utk 1jam..bayangkan bagaimana ibu menahan sakit..hanya Allah yg tahu..ibu pula tak dibenarkan ke bilik air utk buang air..tapi doktor suruh ibu buang air melalui tiub..sakitnya hanya Allah yg tahu..shggakan lepas sebulan bersalin pun kesannya masih ada..

pukul 3.30pg, abi masuk dan bacakan yasin utk ibu..abi genggam erat tgn ibu dan minta ibu bersabar..berkali2 abi minta supaya ibu dioperate..tapi doktor menyuruh bersabar..pada jam 4.30pg, ibu dah makin hilang tenaga, tak terdaya sgt2 dah..abi merayu2 lagi doktor minta ibu dioperatekan..kata doktor dia pun dah serrender, tapi dia perlu tggu keputusan ketua doktor yg bertugas pada shift itu..jam 5pg ketua doktor masuk, dan kami minta supaya dibedah, tapi doktor tu tak kasi, katanya bilik operation juga penuh sehgga pagi esok...dia suruh ibu bersalin secara normal..

jam 6pg jalan dah terbuka 7cm..jantung bb ok dan doktor kata tak ada risiko jika tggu utk ibu terbuka 10cm..ibu hanya mampu bersabar dan berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar dan baik..abi keluar untuk solat subuh dan ibu hanya terbaring kesakitan di katil itu..

tepat 8pg, doktor dah kata ibu dah boleh nak meneran, jalan dah terbuka penuh..8.15pg ibu disuruh meneran..seramai 3 org doktor dan seorg nurse pada waktu itu, mereka mengajar ibu cara meneran dan memberi sokongan pada ibu tatkala ibu meneran..namun ia bukanlah semudah bicara kata2 dan tulisan yg sdg dibaca..hanya Allah jua yg tahu..tepat 8.45pg sabtu 6hb december 2008, lahirlah irdina insyirah ke dunia..ibu mendengar suara tangisan mu untuk kali pertama..abi mengiqamahkan irdina..ibu menciummu baunya sggh harum..bau apakah itu> benarkah kata org itulah bau syurga??


ibu dijahit selama 2 jam, sebb bayk luka akibat ibu meneran sendr..lepas tu ibu tertido kepenatan..irdina pula di bawa ke bilik utk dimandikan dan diamik berat dan tinggi..tinggimu 51cm dan beratmu 2.92kg..besar juga anak ibu..patut la payah nak kuar..

lalu bermulalah tnggungjwb yg besar di atas pundak ibu dan abi..membesarkan amanah Allah yang satu ini sebaik mungkin..

dikesempatan ini juga ibu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada doktor2 dan nurse yg menyambut kelahiran irdina..mereka melayan ibu dgn baik sekali, semoga Allah membalas jasa kalian..
hari ni ibu berpindah lagi..dr wordpress nak try blogspot plak..dr tghr ibu mengkaji kebaikan dan kelemahan antara dua web yang menyediakan khidmat buat blog free..

antaranya ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..namun bila difikir2 dan ditimbang balik..dan dicedok, dibuang dan macam2 di lagi, ibu amik keputusan untuk berblog dlm blogspot..kalian nak tgk apa kelebihan kekurangan? ni ibu bg link http://pulsed.blogspot.com/2007/07/blogger-wordpress-chart.html

kalau nak senang lagi taip aje kat google, antara wordpress dan blogspot pastinya hasilnya tak mengecewakan..

berblog org dah ada keluarga ni lain sikit..tak semudah yg kurang sikit tanggungjwbnya..tgk..ibu baru je dtg idea (idea dah mai dah..), tapi si kecil itu dah mula minta ditimang2 dan didodoi2kan..

walau apapun, dgn berblog ni ibu mula membuka minda,mula mencari ilmu ttg berblog ni, bukan kenapa apa..tetapi agar ada sedikit ilmu boleh kita kongsi2kan di alam maya ini..ada tautan ukhwah kita rapat2kan di sini..insyaAllah..