OK, kali ni linda nak bawa pergi makan kat satu restoren yang memang menjadi kegemaran linda, iaitu restoren cempaka rembulan, berdekatan trafik light JPJ PANJI, KOTA BHARU..kebiasaannya, kalau tekak rasa nak menjamah makanan western linda akan ke restoren ni..



sekitar pemandangan dalam restoren tersebut seperti gambar di bawah..

berlatar belakangkan potret lama yang sering kali mengundang minatku untuk melihatnya..sungguh klasik..

suasana romantis di dalam kedai ini..











ok, sekarang tiba waktu kita menjamu selera, malam tu kami sekeluarga memilih untuk makan western food dan juga masakan thai..


french fries yang menjadi kegemaran anak linda sb sos mayonis dan sos cilinya amat memenuhi citarasa..
yang atas tu adalah mushroom soup, pun sedap..


inilah menu yang ditunggu tunggu, lamb chp grilled, rm15.90 sahaja..


ni pula antara air yang kami pesan pada malam tu, jus oren dan juga air laici..

dan ini pula adalah masakan Thai yang menjadi pilihan kami malam tu, tomyam dan juga paprik ayam..boleh tahan juga masakan thainya tapi bukanlah kategori terbaik..biasa biasa sahaja..


tomyam yang ada ayam, sotong, udang dan cendawan..

 yang ni pula paprik ayam..

itu sahaja linda nak kongsi pada entry kali ini, mudah mudahan boleh memberi idea kepada sesiapa yang masih mencari cari mahu makan di mana di sekitar Kota bharu ini..
Entry pertama pasal makan ni, linda nak bawa ke satu restoren yg terletak berhadapan bangunan Kamaliah batik sdn bhd @ arrahnu xchange jalan pekeliling, kota bharu..restoran ni dah lama buka, apa yg spesel kat sini adalah nasi air nya..memang sedap di makan bersama kangkung goreng, lala masak pedas, ikan masin, ikan bilis goreng..ermm memang sedap..





sebab malam tu makan berdua je, so lauk agak simple je namun mampu membuatkan selera kami bangkit kembali..

ni pula adalah udang masak pedas dan sayur kangkung goreng, mmg best!!


ni pula air tembikai dan oren jus..sedap..


     Restoren ni biasa biasa sahaja bukanlah bertaraf 4 @ 5 bintang, namun bg aku yang penting bersih, halal dan suci..lokasinya bukan susah nak cari, betul betul dekat trafik light menghala ke berek 12 jika dari arah cherang, atau senang nak citer dekat balai bomba kota bharu..


selesa untuk yang datang ramai ramai..


 parking pun senang untuk datang makan..

jika aku ke sana lagi, akan ku update lagi menu menu yang sedap di restoren ini, untuk yang mencari halal dan sedap rasanya tidak rugi anda mencuba pelbagai resepi di restoren ini..
Setelah sekian lama, blog ni bersawang..sejak aku disahkan mengandung anakanda ke dua, dan sekarang anakanda ku sudah berusia 2 tahun 1 bulan, aku kembali menjengah dunia blogspot bilamana aku mendapati begitu sukar untuk mendapatkan info info berkaitan hotel, resort @ yang sama waktu dengannya..apatah lagi aku sekeluarga gemar amat untuk travelling..

begitu juga soal tempat makanan best yang menjadi perhatian seleraku..jadi di blog ini dan mulai arini akak ku kongsikan info info hanya berkaitan travelling dan tempat makan yang best-best yang boleh dijadikan panduan InsyaALLAH..