dalam pada itu, irdina juga dah mencecah 6 bulan..cepat sungguh masa berlalu..nak kirakan masih belum mau pulang ke JB, tetapi cian pada abi sensorg je kat umah..
pulang dari kelate kita menyusuri jalan pantai melalui terengganu dan pahang..ibu suka lalu ikut pantai sbb tenang dan damai walau agak jauh berbanding ikut jalan kuala berang..masih dalam cuti so kita jalan2 sekitar bandar terengganu, singgah seketika bermain pasir di pantai batu buruk..irdina amat teruja, maklumlah seumur hidupnya belum pernah sampai pantai..

irdina sekarang pun bukan main pandai posing bila nak amik gambar..hala aje kamera, sengihnya nak sampai telinga..comel sungguh anak ibu nie..
namun keindahan pantai yang cukup cantik dan bersih itu dicemari oleh adegan beberapa pasangan remaja yang tanpa segan silu berdua-duaan di tempat awam seperti itu..mujur la irdina kecik lagi, nanti ditanya ibu soklan macam2 lak..
selepas puas bermain pasir, singgah pula masjid terapung untuk solat asar di situ..pelancong2 memang ramai datang terengganu bila cuti macam ni..dengan bas rombongan lagi..sebetulnya ibu pun suka bercuti di terengganu..pantainya yang cantik menggamit hati ibu untuk ke sana hampir saban tahun..
malamnya kami singgah di marang untuk menikmati ikan bakar tepi pantai kat situ..rasanya ok la, tapi di sbbkan suasana tepi pantai dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, yang tak sedap pun jd sedap..ye tak?..malam tu, singgah tido umah ayah yo di UMP, gambang..ahhhhh..penatnya seharian berjalan..irdina pun penat..malam tu tido dengan lenanya..esok nak sambung perjalanan balik JB plak..











