alhamdulillah..syukur pada Allah..irdina membesar dgn sihat di depan mata ibu dan abi..

irdina dah 5 bulan dah..hehehe..ermm cepatnya masa berlalu, rasanya baru semalam irdina lahir ke dunia ini..rasanya baru semalam ibu sakit nak melahirkan irdina..

alhamdulillah juga, anak ibu ni makin menunjukkan potensi diri dari hari ke hari..namun sifat mudah tersenyum tidak penah hilang..sukanya ibu melihat senyuman itu..


dah pandai posing anak ibu ni..(jgn jd model sudah)

semalam ibu buat satu competition..letak botol air sejauh 1 meter dari irdina..ibu letak irdina atas tilam dan botol air tu bwh dr tilam..ibu bg masa utk irdina amik botol tu sambil2 ibu kemaskan rumah..mula2 ibu mcm tak yakin yang irdina dapat pegang botol tu..

bila ibu kat dapur cuci pinggan mangkuk, abi panggil ibu dgn nada terkejut bgtau irdina dah berjaya capai botol tuy..hehehe..ibu apa lagi ku ingin abadikan dalam kamera kebolehan irdina di usia 5 bulan..wah..irdina menang..dapat award botol air mineral...

irdina bersama botol air mineral

apa yg irdina dah belajar sepanjang 5 bulan ni:
  1. irdina dah pandai panggil ibu walau dalam bahasanya (tp bunyi tu seakan sama bila irdina pggl ibu).
  2. irdina suka jalan2 naik keta..(tak kuar umah sehari mesti mengamuk).
  3. irdina suka lagi dgn abi dari ibu bila berjalan (mungkin lengan abi lebih comfort).
  4. irdina suka membebel..(tapi ibu tak paham sayang..).
  5. irdina dah pandai bergurau dan mengacah dgn budak umur 8 thn..(terkekek2 dia gelak)
  6. irdina dah rolling2..dan mengesot ore kelate kata..
  7. irdina suka berdikari..boleh bermain sendiri tanpa kacau ibu kat dapur..
  8. irdina dah tak suka hisap puting..dulu macam ketagih puting..
  9. irdina hanya minum susu FL n susu ibundanya ini..(suka bergayut kdg2 sampai sejam)
  10. irdina mudah boring dgn alat mainan yg sama..so bila nampak boring abi belikan mainan baru..
  11. badan irdina tegap bila berdiri..anak ibu ni tinggi ikut abi..
  12. baru ibu perasan muka irdina iras datuknya (belah abi)..
  13. irdina lbh suka main kertas dan kalkulator..
  14. irdina suka silang kaki..mandi, menyusu, duk rilex (ma tok cakap org berangin kalau mcm tu)..uish..
  15. satu lagi..irdina skrg hisap ibu jari kaki..org tua ckp nak adik..(haiiiii..ibu lum sedia ni cayang oiii..)
dan lain2 yg ibu lupa..rasanya yg major tu je kot..




12 comments:

mama-qaisara said...

comeynye irdina!! kiss from aunty. :)

iu @ wid said...

kejap je da besar..cute....cam ibu..hehehe

Zuri@ni said...

Alhamdulillah, anak sihat, senang hati ibunya :) suka kan tengok kanak2 tengah nak membesar :D

eriey said...

sebaya nge ank eriey la irdina tuh..ank 2nd eriey...harraz..

aleasofea said...

mama qaisara:

kiss for qaisara too..mmmmmuuuuaaaahhhh!!!!!

aleasofea said...

wid:

yelah wid..budak2 ni cepat besarkan? kena amik gambr tetiap hari..

aleasofea said...

zue:
nanti zue dah ada bb boleh rasa sendr..walau sakit bersalin tp org tak penah serik..

aleasofea said...

eriey:

harraz lahir bulan wape eriey?

sufiyyah zulkifli said...

bagus2.
irdina, cepat2 boleh jalan ya.
kena semangat!
yeah~
ehe

zueyie said...

alahai comel dah irdina nie..sekali pandang cam ibu nyer pun ader..part cute tue kot..hehehe..:D

Ummie_Damia said...

wah.. manisnyer senyum irdina..jap jer baby irdina membesarkan...cepat2 besar nt leh kawan dgn Damia...

aleasofea said...

zueyie:

diriku cute? wahhh..lama tak dgr ayat tu sejak bukan lg teenagers..