Dah lama sangat rasanya blog ni bersawang..ibu sangat la sibuk dengan pengajian yang baru dibuka semula, dengan irdina yang semakin banyak ragamnya..tersangat la manja sekrg, even nak g tandas pun susah..

banyak cerita yang ingin dikongsi, namun waktu yang cukup terbatas, membuatkan ibu hanya update cerita-cerita yang sedang ibu lakukan sekarang..

sekarang ibu sedang sibuk mencari maklumat berkenaan pembelian rumah..tak kiralah rumah yang dilelong ataupun membeli rumah baru,namun biarlah ia berbaloi untuk setiap sen yang kita keluarkan..

artikel ini ibu terbaca di harian metro bertarikh 8hb Julai 2009 yang dikarang oleh Mohd Harzrul Aminuddin..

Sebelum Merancang membeli rumah, kita perlu mengetahui beberapa perkara asas termasuk jenis rumah, kemampuan kewangan dan urusan jual beli.

Mengikut laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lima perkara asas perlu diberi tumpuan bakal pembeli:

1. Pembeli perlu tahu jenis rumah yang hendak dibeli, sama ada jenis bertanah seperti rumah teres, banglo atau rumah berkembar atau jenis bertingkat seperti kondominium dan pangsapuri.

Kriteria jenis rumah perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan pelbagai aspek lain, seperti insurans, keselamatan, cukai tanah dan jenis perkhidmatan penyelenggaraan disediakan.

Bagi apartment atau kondominium, kita perlu mengetahui pihak bertanggungjawab menyelenggara bangunan seperti tangki air, lif dan kolam renang dan paling penting kesanggupan membayar khidmat penyelenggaraan serta berkongsi kemudahan disediakan dengan penghuni lain.

2. Kita perlu mengukur keupayaan kewangan dengan mengambil kira pendapatan bersih selepas menolak bayaran berkaitan termasuk bil sampingan.

Apa yang selalu menjadi masalah ialah bakal pembeli enggan mendedahkan sumber kewangan sebenar mereka ketika berurusan dengan bank mengakibatkan mereka menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dan ada yang kehilangan wang pendahuluan 10 peratus mereka.

3. Pembeli perlu tahu dirinya sendiri - sama ada pembeli berisiko tinggi, sederhana atau rendah.

Pembelian rumah boleh diibaratkan seperti membuat pelaburan dalam pasaran saham. Sekiranya bakal pembeli jenis berisiko tinggi maka mereka layak membeli rumah yang belum dibina atau sedang dalam pembinaan kerana berisiko projek berkenaan terbengkalai.

Jika enggan mengambil risiko tinggi, bolehlah beralih kepada rumah hampir siap atau sudah siap dengan sijil layak diduduki (CFO).

Perlu diingatkan harga rumah yang sudah siap dengan CFO tidak lagi dikawal Kementerian dan tertakluk kepada nilai pasaran hartanah semasa.

4. Pembeli harus tahu jenis pelaburan yang hendak dibuat dalam tempoh jangkamasa panjang dan jangka pendek melalui pegangan tanah di mana bangunan kediaman berkenaan akan atau sudah siap dibina sepenuhnya.

Biasanya taraf tanah ada tiga iaitu pegangan bebas (untuk selama-lamanya), pajakan (biasanya 99 tahun) atau rizab Melayu yang hanya boleh dipindahmilik kepada orang melayu sahaja.

Kebiasaannya rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas mempunyai nilai tinggi di pasaran, sama ada ketika masih dalam pembinaan atau sudah siap kerana hartanah itu boleh dijual bila-bila masa dan kepada sesiapa saja.

Bagi rumah yang dibina atas tanah rizab melayu, perlu diketahui bahwa ia khas untuk Bumiputra Melayu dan pembeli asal hanya boleh menjual kepada Bumiputra Melayu juga.

5. Pembeli perlu memahami secara amnya terma dan kandungan dalam surat perjanjian Jual beli (S&P). Perjanjian jual beli untuk bangunan kediaman yang sedang dalam pembinaan hendaklah mengikut format Jadual G ( Tanah dan Bangunan - rumah teres, berkembar, berangkai) dan Jadual H (Bangunan yang bermaksud pecah bahagi- kondominium, pangsapuri, townhouse)

Bakal pembeli digalak merujuk contoh salinan perjanjian jual beli rakan atau ahli keluarga yang pernah membeli rumah bagi mempersiapkan diri jika menghadapi masalah atau mengelak ditipu.

Jika pembeli memahami serba sedikit pengetahuan asas pembelian sesebuah rumah, masalah berbangkit khususnya berkaitan dengan perumahan dapat dihindari dan nasib anda sebagai pembeli akan terjamin..

P/s: rujukan masih belum lengkap, tapi ibu akan berusaha update maklumat berkaitan untuk membeli rumah ni sebagai pengetahuan yang boleh dikongsi bersama.

6 comments:

Norhafiza Wahab said...

selamat membuat pilihan yg bijak ye kak linda...ku doakn dari jauh...hehe...

cintaKusayangMu said...

wah...tq...good info..
walaupun lom masanye utk beli umah lg..tp at least ada la guide line cmne nk bli umh nnt...

iu rf said...

nice artikel....leh jd rujukn masa depan nt...

eriey said...

baguss artikel nii..eriey pn usha jg bru ni..ok bleh d gunakan..

c a b b i e n a said...

good info
thnx
:)

Siti Adibah Shaharudin said...

thank u for your brief tips..
it is really helpful.. :)