resepi ni feveret abi..ibu tak penah mkn pun sblm nikah dgn abi..tapi sbb dah jd feveret abi, ibu pun belajar la dgn ma tok (p.mas)..akhirnya ibu pun suka kat ayam serai ni..mudah, bahan2 pun confirm yg dah ada dlm peti ais..

Bahan2 (utk 4 org makan):
minyak utk menumis
serai (3 btg) --blend
bawang putih (2 ulas) --blend
bawang merah (3 ulas) -- blend
cili padi (5-7 --ikut suka kalau nak pedas tambah lg) --blend
halia (1 inci) --blend
air asam jawa (ikut rasa masam yg diinginkan)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air (sbg kuahnya)

cara2nya:
  1. blend semua bahan yg hendak di blend.
  2. then, panaskan minyak. setelah minyak panas tumiskan semua bahan yg diblend.
  3. bila agak garing, masukkan air.
  4. setelah itu masukkan ayam. tutp periuk, biarkan ayam masak.
  5. setelah ayam masak, campurkan air asam jawa.
  6. then, masukkan gula dan garam secukupnya.
  7. daaa...siap. hidangkan makan panas2..

3 comments:

iu rf said...

rajinnyaaa masakkk... yummmyyy... ;)

sufiyyah zulkifli said...

tak bubuh air asam jawa boleh tak?
nak ganti air asam jawa tu,
nak ganti dgn ape ye yg sesuai mlmh?

aleasofea said...

hehehe..mlmh pun tak tau..biasa org ganti asam keping, tp x tau la sedap mcm asam jawa ke tak?