Antara idola ibu dalam mendidik irdina menjadi anak yang solehah adalah luqmanul hakim..sungguhpun ibu sedar mendidik anak2 menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dlm buku, majalah dan seminar..

namun, nasihat dan panduan ini boleh dijadikan landas untuk ibu merealisasikan impian murni ini..dan untuk irdina, bacalah selalu nasihat ini, semoga irdina sentiasa di bawah lindungan Allah. Luqmanul hakim berpesan kepada anaknya:

  1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama dan dengarlah kata-kata para hukama (org yg bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yg mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yg mati dgn hujan yg lebat.
  2. Janganlah engkau jd lbh lemah drp seekor ayam jantan, ia telah berkokok pd waktu pg hari sdgkan engkau pd ketika itu masih terbaring di katilmu.
  3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kpd Allah kerana mati itu akan dtg secara tiba2.
  4. Dunia ini bagaikan lautan yang dlm, byk org sudah ditenggelamkannya. oleh itu, jdkanlah takwa sbg kapalnya.
  5. pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan menyirami tanaman.
  6. Tiga org yg tdk dpt dikenali melainkan 3 keadaan. Org yg lemah lembut melainkan ketika marah,org yg berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongn drpnya.
  7. Sesungghnya dunia ini sedkit shj, sdgkan seluruh umurmu lbh sedkit dr itu. Manakala umurmu yg mash berbaki lg amat sedkt drp yg lebh sedkt td..
wallahualam..

(sumber:tips mendidik anak pintar yg tidk diganggu syaitan oleh Adil Akhyar)

0 comments: