alhamdulillah pada 7hb Jun yang lalu, selamat berlangsung majlis akikah irdina yang di adakan di umah atok kat panji..tertunai sudah hasrat ibu untuk akikah irdina makan kambing..dan atok telah melaksanakan tugasnya sebagai chef dengan jayanya sekali..

malam sebelumnya, kambing telah disembelih oleh tok duh, dibantu oleh atok, abi, ayah je dan ayah su..seronok diorg posing dgn kambing..

dan ibu amat berterima kasih pada ayah je dan ayah su yang sanggup pulang dari Kuala lumpur semata-mata untuk akikah irdina..

majlis ini juga menyaksikan ahli keluarga semua berkumpul setelah lama tidak bertentang mata..cuma che long sefamily dan ayah yo aje yang tak ada kerana komitmen tugas yang tidak dapat dielakkan..tak pe lah..

esok paginya, atok dan abi telah melaksanakan tugas masak gulai kawah..ibu lihat abi berpeluh-peluh gak..tukang kacau ke tukang mengacau, tak tau la..hehehe..


walaupun rasanya tak ramai yang dijemput, namun alhamdulillah ramai jg yang datang dan gulai daging dan kambing memang ngam2..tak membazir dan tak pula tak cukup..


buat tok wi dan tok su, terima kasih banyak2 kerana banyak membantu setiap kali buat makan kat umah panji..jasa kalian diingati sampai bila2..


alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk bertemu lagi di ruangan maya ini..sebulan lebih bercuti di kampung (kelate) pastinya satu nostalgia yang amat indah untuk dikenang sepanjang masa..

dalam pada itu, irdina juga dah mencecah 6 bulan..cepat sungguh masa berlalu..nak kirakan masih belum mau pulang ke JB, tetapi cian pada abi sensorg je kat umah..

pulang dari kelate kita menyusuri jalan pantai melalui terengganu dan pahang..ibu suka lalu ikut pantai sbb tenang dan damai walau agak jauh berbanding ikut jalan kuala berang..masih dalam cuti so kita jalan2 sekitar bandar terengganu, singgah seketika bermain pasir di pantai batu buruk..irdina amat teruja, maklumlah seumur hidupnya belum pernah sampai pantai..



irdina sekarang pun bukan main pandai posing bila nak amik gambar..hala aje kamera, sengihnya nak sampai telinga..comel sungguh anak ibu nie..

namun keindahan pantai yang cukup cantik dan bersih itu dicemari oleh adegan beberapa pasangan remaja yang tanpa segan silu berdua-duaan di tempat awam seperti itu..mujur la irdina kecik lagi, nanti ditanya ibu soklan macam2 lak..selepas puas bermain pasir, singgah pula masjid terapung untuk solat asar di situ..pelancong2 memang ramai datang terengganu bila cuti macam ni..dengan bas rombongan lagi..sebetulnya ibu pun suka bercuti di terengganu..pantainya yang cantik menggamit hati ibu untuk ke sana hampir saban tahun..


malamnya kami singgah di marang untuk menikmati ikan bakar tepi pantai kat situ..rasanya ok la, tapi di sbbkan suasana tepi pantai dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, yang tak sedap pun jd sedap..ye tak?..

malam tu, singgah tido umah ayah yo di UMP, gambang..ahhhhh..penatnya seharian berjalan..irdina pun penat..malam tu tido dengan lenanya..esok nak sambung perjalanan balik JB plak..