Dah lama sangat rasanya blog ni bersawang..ibu sangat la sibuk dengan pengajian yang baru dibuka semula, dengan irdina yang semakin banyak ragamnya..tersangat la manja sekrg, even nak g tandas pun susah..

banyak cerita yang ingin dikongsi, namun waktu yang cukup terbatas, membuatkan ibu hanya update cerita-cerita yang sedang ibu lakukan sekarang..

sekarang ibu sedang sibuk mencari maklumat berkenaan pembelian rumah..tak kiralah rumah yang dilelong ataupun membeli rumah baru,namun biarlah ia berbaloi untuk setiap sen yang kita keluarkan..

artikel ini ibu terbaca di harian metro bertarikh 8hb Julai 2009 yang dikarang oleh Mohd Harzrul Aminuddin..

Sebelum Merancang membeli rumah, kita perlu mengetahui beberapa perkara asas termasuk jenis rumah, kemampuan kewangan dan urusan jual beli.

Mengikut laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lima perkara asas perlu diberi tumpuan bakal pembeli:

1. Pembeli perlu tahu jenis rumah yang hendak dibeli, sama ada jenis bertanah seperti rumah teres, banglo atau rumah berkembar atau jenis bertingkat seperti kondominium dan pangsapuri.

Kriteria jenis rumah perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan pelbagai aspek lain, seperti insurans, keselamatan, cukai tanah dan jenis perkhidmatan penyelenggaraan disediakan.

Bagi apartment atau kondominium, kita perlu mengetahui pihak bertanggungjawab menyelenggara bangunan seperti tangki air, lif dan kolam renang dan paling penting kesanggupan membayar khidmat penyelenggaraan serta berkongsi kemudahan disediakan dengan penghuni lain.

2. Kita perlu mengukur keupayaan kewangan dengan mengambil kira pendapatan bersih selepas menolak bayaran berkaitan termasuk bil sampingan.

Apa yang selalu menjadi masalah ialah bakal pembeli enggan mendedahkan sumber kewangan sebenar mereka ketika berurusan dengan bank mengakibatkan mereka menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dan ada yang kehilangan wang pendahuluan 10 peratus mereka.

3. Pembeli perlu tahu dirinya sendiri - sama ada pembeli berisiko tinggi, sederhana atau rendah.

Pembelian rumah boleh diibaratkan seperti membuat pelaburan dalam pasaran saham. Sekiranya bakal pembeli jenis berisiko tinggi maka mereka layak membeli rumah yang belum dibina atau sedang dalam pembinaan kerana berisiko projek berkenaan terbengkalai.

Jika enggan mengambil risiko tinggi, bolehlah beralih kepada rumah hampir siap atau sudah siap dengan sijil layak diduduki (CFO).

Perlu diingatkan harga rumah yang sudah siap dengan CFO tidak lagi dikawal Kementerian dan tertakluk kepada nilai pasaran hartanah semasa.

4. Pembeli harus tahu jenis pelaburan yang hendak dibuat dalam tempoh jangkamasa panjang dan jangka pendek melalui pegangan tanah di mana bangunan kediaman berkenaan akan atau sudah siap dibina sepenuhnya.

Biasanya taraf tanah ada tiga iaitu pegangan bebas (untuk selama-lamanya), pajakan (biasanya 99 tahun) atau rizab Melayu yang hanya boleh dipindahmilik kepada orang melayu sahaja.

Kebiasaannya rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas mempunyai nilai tinggi di pasaran, sama ada ketika masih dalam pembinaan atau sudah siap kerana hartanah itu boleh dijual bila-bila masa dan kepada sesiapa saja.

Bagi rumah yang dibina atas tanah rizab melayu, perlu diketahui bahwa ia khas untuk Bumiputra Melayu dan pembeli asal hanya boleh menjual kepada Bumiputra Melayu juga.

5. Pembeli perlu memahami secara amnya terma dan kandungan dalam surat perjanjian Jual beli (S&P). Perjanjian jual beli untuk bangunan kediaman yang sedang dalam pembinaan hendaklah mengikut format Jadual G ( Tanah dan Bangunan - rumah teres, berkembar, berangkai) dan Jadual H (Bangunan yang bermaksud pecah bahagi- kondominium, pangsapuri, townhouse)

Bakal pembeli digalak merujuk contoh salinan perjanjian jual beli rakan atau ahli keluarga yang pernah membeli rumah bagi mempersiapkan diri jika menghadapi masalah atau mengelak ditipu.

Jika pembeli memahami serba sedikit pengetahuan asas pembelian sesebuah rumah, masalah berbangkit khususnya berkaitan dengan perumahan dapat dihindari dan nasib anda sebagai pembeli akan terjamin..

P/s: rujukan masih belum lengkap, tapi ibu akan berusaha update maklumat berkaitan untuk membeli rumah ni sebagai pengetahuan yang boleh dikongsi bersama.
Isnin lepas seluruh Johor bercuti sempena hari hol..walaupun sampai sekrg, ibu tak penah faham apa itu hari hol yang disambut oleh negeri Johor nie..hari2 yang agak boring sebab tak g mana-mana pun..pagi tu bangun je tido, ibu ingat nak ajak abi g genting..tapi memikirkan selsema babi yang sedang panas melanda seluruh dunia sekarang, tambahan plak kat atas genting tuy ramai bebenor warga cinanya..ibu tukar plan ajak abi g A Famosa Resort.. dah lama sebenarnya nak datang sini, tapi belum pernah berkesempatan utk menjejakkan kaki ke sini, lintas je bila melalui highway PLUS dari KL ke JB..akhirnya petang tu kami selamat tiba di sana dalam keadaan hujan renyai-renyai..orang pun tak ramai sebab dah start keja dah negeri lain..dalam A famosa ni macam2 ada tempat kediamannya, dari hotel hingga la bungalow mewah untuk di sewa..kalau nak plan datang satu batalion, molek la sewa bungalow ni..kalau datang ciput je macam kami ni, hotel la yang paling sesuai..rate pada low season ni mmg murah berbanding peak season ataupun shoulder season.. ermmm cantik gak bilik hotelnya..paling ibu suka sebab dia asingkan tempat mandi dengan tempat membuang hajat..jadi boleh la wat keja masing2 tanpa menganggu gugat antara satu sama lain..biliknya juga luas..memang standard macam hotel mewah.. paling gembira sudah tentu la irdina nie..memang suka berjalan..hehehe..dah terikut perangai ibu ek..tengok la aksi-aksi betapa hepinya irdina nie.. malam tu tak ada aktiviti sangat, lagipun datang tanpa dirancang, just pegi makan kat bandar tampin..then just rehat-rehatkan badan dan minda.. esoknya kami bersarapan di dalam cowboy town, gambar tak ada sebab masa tu tak bawak kamera, pegi dengan tak mandi, selamba je..sebenarnya takut makanan habis..tapi yang ni memang ibu tak puas hati sesangat..makanan yang disediakan bukan ala buffet, tapi kita harus pilih set breakfast yang disediakan sama ada masakan cina, barat atau melayu..masakan barat hanya ada 2 sosej,roti 2 keping then telur dan juga kacang..masakan melayu ada nasi lemak dan telur sahaja..cina plak bubur nasi..adus..makan pun tak kenyang..memang tak suka..


lepas makan pagi, balik hotel mandi dan terus siap-siap untuk cek out..memang malang hari tu sebab tak dapat g water park..hari selasa memang water park tutup..so tak dapat la main-main air kat situy..so kami amik keputusan untuk ke taman mini asia memandangkan abi tak penah sampai sana.. bila sampai je, apa yang ibu lihat tempatnya tak banyak berubah dari 10 tahun yang lalu..cuma tempat ni dijaga dengan rapi, jadi segala rumah yang ada kat dalam ni terpelihara dan terpulihara la..memang penat giler jalan kaki sambil dukung irdina..stroller plak tak bawak..terpaksa la bergilir-gilir dengan abi dukung si kecil ini..

abi plak memang kepenatan..takper kita bg dia exercise sket..tapi abi hepi sebab dia tak penah sampai sini seumur hidupnya..ibu plak dah banyak kali datang namun tak pernah boring melihat khazanah yang barangkali ramai anak muda sudah melupakannya.. dah penat sangat dah tu..ibu dah tak larat nak dukung irdina lagi terus ajak abi kuar..waktu pun dah mencecah pukul 4 ptg..masa yang berbaki kami amik keputusan round2 bandar melaka jap..singgah la bazar depan kapal tu untuk beli sedikit ole2 bawak balik johor..posing2 sikit depan kapal tu..then terus bertolak pulang ke JB..tak sempat pun singgah eye on Malaysia sbb masa yang ada amat la terhad.. apa2pun ibu sangat hepi dengan percutian tanpa dirancang ni..hilang stress dan rasa bersemangat nak wat keja semula..insyaAllah jika diizinkan Allah, ibu nak wat family day kat A Famosa ni..leh la main kat water park
tuy..hehehe..bestnya..



alhamdulillah pada 7hb Jun yang lalu, selamat berlangsung majlis akikah irdina yang di adakan di umah atok kat panji..tertunai sudah hasrat ibu untuk akikah irdina makan kambing..dan atok telah melaksanakan tugasnya sebagai chef dengan jayanya sekali..

malam sebelumnya, kambing telah disembelih oleh tok duh, dibantu oleh atok, abi, ayah je dan ayah su..seronok diorg posing dgn kambing..

dan ibu amat berterima kasih pada ayah je dan ayah su yang sanggup pulang dari Kuala lumpur semata-mata untuk akikah irdina..

majlis ini juga menyaksikan ahli keluarga semua berkumpul setelah lama tidak bertentang mata..cuma che long sefamily dan ayah yo aje yang tak ada kerana komitmen tugas yang tidak dapat dielakkan..tak pe lah..

esok paginya, atok dan abi telah melaksanakan tugas masak gulai kawah..ibu lihat abi berpeluh-peluh gak..tukang kacau ke tukang mengacau, tak tau la..hehehe..


walaupun rasanya tak ramai yang dijemput, namun alhamdulillah ramai jg yang datang dan gulai daging dan kambing memang ngam2..tak membazir dan tak pula tak cukup..


buat tok wi dan tok su, terima kasih banyak2 kerana banyak membantu setiap kali buat makan kat umah panji..jasa kalian diingati sampai bila2..


alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk bertemu lagi di ruangan maya ini..sebulan lebih bercuti di kampung (kelate) pastinya satu nostalgia yang amat indah untuk dikenang sepanjang masa..

dalam pada itu, irdina juga dah mencecah 6 bulan..cepat sungguh masa berlalu..nak kirakan masih belum mau pulang ke JB, tetapi cian pada abi sensorg je kat umah..

pulang dari kelate kita menyusuri jalan pantai melalui terengganu dan pahang..ibu suka lalu ikut pantai sbb tenang dan damai walau agak jauh berbanding ikut jalan kuala berang..masih dalam cuti so kita jalan2 sekitar bandar terengganu, singgah seketika bermain pasir di pantai batu buruk..irdina amat teruja, maklumlah seumur hidupnya belum pernah sampai pantai..



irdina sekarang pun bukan main pandai posing bila nak amik gambar..hala aje kamera, sengihnya nak sampai telinga..comel sungguh anak ibu nie..

namun keindahan pantai yang cukup cantik dan bersih itu dicemari oleh adegan beberapa pasangan remaja yang tanpa segan silu berdua-duaan di tempat awam seperti itu..mujur la irdina kecik lagi, nanti ditanya ibu soklan macam2 lak..selepas puas bermain pasir, singgah pula masjid terapung untuk solat asar di situ..pelancong2 memang ramai datang terengganu bila cuti macam ni..dengan bas rombongan lagi..sebetulnya ibu pun suka bercuti di terengganu..pantainya yang cantik menggamit hati ibu untuk ke sana hampir saban tahun..


malamnya kami singgah di marang untuk menikmati ikan bakar tepi pantai kat situ..rasanya ok la, tapi di sbbkan suasana tepi pantai dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, yang tak sedap pun jd sedap..ye tak?..

malam tu, singgah tido umah ayah yo di UMP, gambang..ahhhhh..penatnya seharian berjalan..irdina pun penat..malam tu tido dengan lenanya..esok nak sambung perjalanan balik JB plak..


salam semua..esok ibu akan akn balik kelantan..dengan itu blog ini juga akan bercuti utk seketika..insyaAllah kita akan berjumpa semula..

hehehe..dulu tak de org pun nak bg award kat ibu nie..hai sekali bagi berderet2 lak bagi..ibu slow2 la noo tepek kat blog ibu nie..

ok award kali ni dari auntie zueyie..terima kasih sgt2..ingat kat member lama nie..saper sangka dgn blog ni ikatan ukhwah yg terjalin sejak 10 thn dulu dapat dieratkan kembali..dgn semuanya dah ada anak..hehehe..so amazing la!!

apa kena buat sebenarnya nie..ooo ada rules..

  1. Letakkan logo award ini di blog anda. (dah letak dah)
  2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. (upsss..ada ke member ibu cukup 10 org nie>..)
  3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui 'backlink' blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. (ok ok)
  4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
  5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini. (mcmana nak bagi tuy?)
jadi yg bertuah itu adalah (bertuah sbb ibu anggap paling berinspirasi tau..)

mummy qis, ibu dhia, anak muridku (sufiyyah), anak muridku (naufal), ilani , auntie hayatie,
itu je la yg betuah nya..hehehe..
alhamdulillah..syukur pada Allah..irdina membesar dgn sihat di depan mata ibu dan abi..

irdina dah 5 bulan dah..hehehe..ermm cepatnya masa berlalu, rasanya baru semalam irdina lahir ke dunia ini..rasanya baru semalam ibu sakit nak melahirkan irdina..

alhamdulillah juga, anak ibu ni makin menunjukkan potensi diri dari hari ke hari..namun sifat mudah tersenyum tidak penah hilang..sukanya ibu melihat senyuman itu..


dah pandai posing anak ibu ni..(jgn jd model sudah)

semalam ibu buat satu competition..letak botol air sejauh 1 meter dari irdina..ibu letak irdina atas tilam dan botol air tu bwh dr tilam..ibu bg masa utk irdina amik botol tu sambil2 ibu kemaskan rumah..mula2 ibu mcm tak yakin yang irdina dapat pegang botol tu..

bila ibu kat dapur cuci pinggan mangkuk, abi panggil ibu dgn nada terkejut bgtau irdina dah berjaya capai botol tuy..hehehe..ibu apa lagi ku ingin abadikan dalam kamera kebolehan irdina di usia 5 bulan..wah..irdina menang..dapat award botol air mineral...

irdina bersama botol air mineral

apa yg irdina dah belajar sepanjang 5 bulan ni:
  1. irdina dah pandai panggil ibu walau dalam bahasanya (tp bunyi tu seakan sama bila irdina pggl ibu).
  2. irdina suka jalan2 naik keta..(tak kuar umah sehari mesti mengamuk).
  3. irdina suka lagi dgn abi dari ibu bila berjalan (mungkin lengan abi lebih comfort).
  4. irdina suka membebel..(tapi ibu tak paham sayang..).
  5. irdina dah pandai bergurau dan mengacah dgn budak umur 8 thn..(terkekek2 dia gelak)
  6. irdina dah rolling2..dan mengesot ore kelate kata..
  7. irdina suka berdikari..boleh bermain sendiri tanpa kacau ibu kat dapur..
  8. irdina dah tak suka hisap puting..dulu macam ketagih puting..
  9. irdina hanya minum susu FL n susu ibundanya ini..(suka bergayut kdg2 sampai sejam)
  10. irdina mudah boring dgn alat mainan yg sama..so bila nampak boring abi belikan mainan baru..
  11. badan irdina tegap bila berdiri..anak ibu ni tinggi ikut abi..
  12. baru ibu perasan muka irdina iras datuknya (belah abi)..
  13. irdina lbh suka main kertas dan kalkulator..
  14. irdina suka silang kaki..mandi, menyusu, duk rilex (ma tok cakap org berangin kalau mcm tu)..uish..
  15. satu lagi..irdina skrg hisap ibu jari kaki..org tua ckp nak adik..(haiiiii..ibu lum sedia ni cayang oiii..)
dan lain2 yg ibu lupa..rasanya yg major tu je kot..





hehehe..nilah kali pertama dapat award nie..tahun ni mcm tak sedar ibu dah jadi seorg ibu..sehingga la ma tok call utk wish..aparaa anak..mak dulu yang wish..irdina jangan tiru mcm tu tau..

ibu..yup satu perkataan yang cukup biasa mungkin pada org yang tak tahu bahasa melayu atau bahasa indonesia...

namun pada ibu..ungkapan itu terlalu mahal utk diungkapkan secara biasa..bila ibu terkenangkan pengorbanan ma tok membesarkan ibu..hanya titisan air mata yang mampu menerangkan semuanya..bagi ibu..ma tok adalah ibu paling hebat di dunia..ujian demi ujian yang di lalui sejak ma tok kecil lagi, buat ibu rasa sayu bila mengenangkannya..bila irdina dah memahami apa yg ibu katakan, ibu akan ceritakan padamu sayang..mungkin ibu tidak sehebat ma tok dalam perjuangannya sebagai seorg ibu, isteri dan anak..

namun setiap masa, tanpa menunggu hari ibu..ibu sentiasa berdoa untuk ma tok agar sihat selalu dan tabah dalam mengharungi ujian hidup ini..ibu yakin org yang dipilih oleh Allah untuk di uji adalah org yang mampu utk menanggung ujian itu..

tunggu seorg lagi anak ma tok (bongsu) (sekrg form 2) utk menjejakkan kaki ke menara gading..jika che su (atirah) dapat ke menara gading, maka lengkap la 9 org anak ma tok berjaya masuk universiti..ibu nak calonkan ma tok dapat anugerah ibu mithali..kerna sememangnya ma tok layak utk itu..

sempena hari ibu..wahai dunia..ku tak tahu tentang ibu-ibu yang lain..namun, bg ku ibu ku adalah ibu paling hebat di dunia ini..ku tak mampu tanpamu..ku tak kuat tanpa kasihmu..ku tak pandai mengarang kata-kata puitis utkmu...ini cuma luahanku yang tak mampu ku ungkapkan pada mu ma..aku terlalu sayang padamu...


dah agak lama ibu tak update blog..agak sibuk dengan perniagaan diapers yang baru nak bermula..selama itu juga ibu tak berkesempatan nak menjengah blog kawan-kawan ibu lain..namun, sokongan dan rasa prihatin kalian, buat ibu rasa terharu..

ramai gak yang bertanya pasal harga diapers ni..pada pg yg penuh rahmat ni, ibu update la harga-harga diapers ni mengikut jenama..

NO.

JENAMA

SAIZ

HARGA

CIRI-CIRI

1.

MAMAN

(WITH WAISTBAND)

NB (80)

RM 33.00

-Cotton

-Leak guard (elak kebocoran)

-Magic Tape (kalis air, bedak, minyak, dll)

-Tebal, tahan lama

-Sesuai untuk malam

-W.band (getah pd pinggang)

NB (40)

RM 17.50

S (80)

RM 34.00

S(40)

RM 18.00

M (80)

RM 37.00

M (40)

RM 19.00

L (80)

RM 39.00

L (40)

RM 20.00

XL (80)

RM 42.00

XL (40)

RM 22.00

TRIAL (10)

S / M / L

XL

RM 5.50

RM 6.00



cantik tak maman ni? cantikkan? irdina suka betul pakai diapers ni mungkin sebab colourful..cutting diapers ni lebih kurang cutting mamy**** di pasaran, tetapi harganya jauh lebih murah..

NO.

JENAMA

SAIZ

HARGA

CIRI-CIRI

2.

MIDDLE EAST

(MAGIC TAPE)

S (80)

RM 34.00

-Cotton

-Leak guard (elak kebocoran)

-Magic Tape (kalis air, bedak, minyak, dll)

-Sesuai untuk malam

-W.band (getah pd pinggang)

- Nipis / Tahan lama

S(40)

RM 18.00

M (80)

RM 37.00

M (40)

RM 19.00

L (80)

RM 40.00

L (40)

RM 21.00

XL (80)

RM 42.00

XL (40)

RM 22.00

TRIAL (10)

S

M / L

XL

RM 5.50

RM 6.00

RM 6.50






lebih nipis berbanding yang lain....



thanx for araa enterprise

NO.

JENAMA

SAIZ

HARGA

CIRI-CIRI

2.

EUROPE

(REPACKING)

NB (100)

RM 40.00

-Cotton

-Leak guard (elak kebocoran)

-Magic Tape (kalis air, bedak, minyak, dll)

-Tebal, tahan lama

- SANGAT Sesuai untuk malam

NB (50)

RM 21.00

S (90)

RM 40.00

S(45)

RM 21.00

M (80)

RM 40.00

M (40)

RM 21.00

L (70)

RM 40.00

L (35)

RM 20.50

XL (60)

RM 40.00

XL (30)

RM 20.50

XXL (50)

RM 40.00



XXL (25)

RM 21.00




TRIAL (10)

S / NB

M

L

XL

XXL

RM 5.50

RM 6.00

RM 7.00

RM 8.00

RM 9.00




ni cutting yang NB (ada tempat pusat)



NO.

JENAMA

SAIZ

HARGA

CIRI-CIRI

2.

EUROPE

(original pack)

M (56)

RM 39.00

-Cotton

-Leak guard (elak kebocoran)

-Magic Tape (kalis air, bedak, minyak, dll)

-Tebal, tahan lama

- SANGAT Sesuai untuk malam

L (50)

RM 39.00

XL (44)

RM 39.00





















semua harga adalah termasuk penghantaran untuk area skudai dan sekitarnya..untuk yang lain-lain kita leh calling2 dulu yer..

untuk luar dari area JB, sebenarnya diapers ni dah ada dealer di area masing2..sekiranya berminat, ibu akan berikan kontek no org tersebut..

p/s: maaf untuk color yang tidak sesuai..tak sempat nak menggodek..irdina dah wake up..huhuhu...