Syukur kepada Allah atas limpah, rahmat, rezki dan kasih sayangNya..kami masih menikmati detik detik indah ini..6hb 12 2013 genap kakak berusia 5 tahun..ye..5 thun yang lalu betapa susahnya aku untuk melahirkan seorang puteri ini..masuk wad hari khamis pg pukul 8, sakit bersalin pukul 10 mlm..namun masuk labour room pukul 11 mlm hari jumaat..bersalin hari sabtu pukul 845 pg..wahhh..susah amat anak ibu yang seorang ni nak keluar..

kini..kakak dah ada 2 org adik..abbasy dan widad..sejak ibu bersalinkan abbasy, dah mula jarang ibu menjengok blog utkmu ini sayang..sementelah pulak ibu dah bekerjaya, lg la susah utk ibu meluangkan masa..namun..baru ibu perasan, kenangan membesarkan kalian semakin pupus di ingatan jika ibu tidak melakarkannya di mana2 kanvas..rasanya ini yang paling terbaik..selagi blogspot ni belom bankrup, ia akan terus menyimpan kenangan kisah membesarkan kakak..

ok..besday kakak di sambut di captain T restoren di lembah sireh kota bharu, kelantan..tempat yang ibu kira amat istimewa nak..


bersama orang-orang yang juga menyayangi irdina insyirah..



dan juga kek princess kegemaranmu sayang..


ini pula sepupu2 mu yang amat akrab dengan mu..


tapi gambar yg cun tu ibu..hahaha..dan yg comel si kecik tu adikmu widad..semoga ia dapat menjadi hiburan untukmu bila kakak dah pandai membaca nanti..=)


OK, kali ni linda nak bawa pergi makan kat satu restoren yang memang menjadi kegemaran linda, iaitu restoren cempaka rembulan, berdekatan trafik light JPJ PANJI, KOTA BHARU..kebiasaannya, kalau tekak rasa nak menjamah makanan western linda akan ke restoren ni..



sekitar pemandangan dalam restoren tersebut seperti gambar di bawah..

berlatar belakangkan potret lama yang sering kali mengundang minatku untuk melihatnya..sungguh klasik..

suasana romantis di dalam kedai ini..











ok, sekarang tiba waktu kita menjamu selera, malam tu kami sekeluarga memilih untuk makan western food dan juga masakan thai..


french fries yang menjadi kegemaran anak linda sb sos mayonis dan sos cilinya amat memenuhi citarasa..
yang atas tu adalah mushroom soup, pun sedap..


inilah menu yang ditunggu tunggu, lamb chp grilled, rm15.90 sahaja..


ni pula antara air yang kami pesan pada malam tu, jus oren dan juga air laici..

dan ini pula adalah masakan Thai yang menjadi pilihan kami malam tu, tomyam dan juga paprik ayam..boleh tahan juga masakan thainya tapi bukanlah kategori terbaik..biasa biasa sahaja..


tomyam yang ada ayam, sotong, udang dan cendawan..

 yang ni pula paprik ayam..

itu sahaja linda nak kongsi pada entry kali ini, mudah mudahan boleh memberi idea kepada sesiapa yang masih mencari cari mahu makan di mana di sekitar Kota bharu ini..
Entry pertama pasal makan ni, linda nak bawa ke satu restoren yg terletak berhadapan bangunan Kamaliah batik sdn bhd @ arrahnu xchange jalan pekeliling, kota bharu..restoran ni dah lama buka, apa yg spesel kat sini adalah nasi air nya..memang sedap di makan bersama kangkung goreng, lala masak pedas, ikan masin, ikan bilis goreng..ermm memang sedap..





sebab malam tu makan berdua je, so lauk agak simple je namun mampu membuatkan selera kami bangkit kembali..

ni pula adalah udang masak pedas dan sayur kangkung goreng, mmg best!!


ni pula air tembikai dan oren jus..sedap..


     Restoren ni biasa biasa sahaja bukanlah bertaraf 4 @ 5 bintang, namun bg aku yang penting bersih, halal dan suci..lokasinya bukan susah nak cari, betul betul dekat trafik light menghala ke berek 12 jika dari arah cherang, atau senang nak citer dekat balai bomba kota bharu..


selesa untuk yang datang ramai ramai..


 parking pun senang untuk datang makan..

jika aku ke sana lagi, akan ku update lagi menu menu yang sedap di restoren ini, untuk yang mencari halal dan sedap rasanya tidak rugi anda mencuba pelbagai resepi di restoren ini..
Setelah sekian lama, blog ni bersawang..sejak aku disahkan mengandung anakanda ke dua, dan sekarang anakanda ku sudah berusia 2 tahun 1 bulan, aku kembali menjengah dunia blogspot bilamana aku mendapati begitu sukar untuk mendapatkan info info berkaitan hotel, resort @ yang sama waktu dengannya..apatah lagi aku sekeluarga gemar amat untuk travelling..

begitu juga soal tempat makanan best yang menjadi perhatian seleraku..jadi di blog ini dan mulai arini akak ku kongsikan info info hanya berkaitan travelling dan tempat makan yang best-best yang boleh dijadikan panduan InsyaALLAH..



Dah lama sangat rasanya blog ni bersawang..ibu sangat la sibuk dengan pengajian yang baru dibuka semula, dengan irdina yang semakin banyak ragamnya..tersangat la manja sekrg, even nak g tandas pun susah..

banyak cerita yang ingin dikongsi, namun waktu yang cukup terbatas, membuatkan ibu hanya update cerita-cerita yang sedang ibu lakukan sekarang..

sekarang ibu sedang sibuk mencari maklumat berkenaan pembelian rumah..tak kiralah rumah yang dilelong ataupun membeli rumah baru,namun biarlah ia berbaloi untuk setiap sen yang kita keluarkan..

artikel ini ibu terbaca di harian metro bertarikh 8hb Julai 2009 yang dikarang oleh Mohd Harzrul Aminuddin..

Sebelum Merancang membeli rumah, kita perlu mengetahui beberapa perkara asas termasuk jenis rumah, kemampuan kewangan dan urusan jual beli.

Mengikut laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lima perkara asas perlu diberi tumpuan bakal pembeli:

1. Pembeli perlu tahu jenis rumah yang hendak dibeli, sama ada jenis bertanah seperti rumah teres, banglo atau rumah berkembar atau jenis bertingkat seperti kondominium dan pangsapuri.

Kriteria jenis rumah perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan pelbagai aspek lain, seperti insurans, keselamatan, cukai tanah dan jenis perkhidmatan penyelenggaraan disediakan.

Bagi apartment atau kondominium, kita perlu mengetahui pihak bertanggungjawab menyelenggara bangunan seperti tangki air, lif dan kolam renang dan paling penting kesanggupan membayar khidmat penyelenggaraan serta berkongsi kemudahan disediakan dengan penghuni lain.

2. Kita perlu mengukur keupayaan kewangan dengan mengambil kira pendapatan bersih selepas menolak bayaran berkaitan termasuk bil sampingan.

Apa yang selalu menjadi masalah ialah bakal pembeli enggan mendedahkan sumber kewangan sebenar mereka ketika berurusan dengan bank mengakibatkan mereka menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dan ada yang kehilangan wang pendahuluan 10 peratus mereka.

3. Pembeli perlu tahu dirinya sendiri - sama ada pembeli berisiko tinggi, sederhana atau rendah.

Pembelian rumah boleh diibaratkan seperti membuat pelaburan dalam pasaran saham. Sekiranya bakal pembeli jenis berisiko tinggi maka mereka layak membeli rumah yang belum dibina atau sedang dalam pembinaan kerana berisiko projek berkenaan terbengkalai.

Jika enggan mengambil risiko tinggi, bolehlah beralih kepada rumah hampir siap atau sudah siap dengan sijil layak diduduki (CFO).

Perlu diingatkan harga rumah yang sudah siap dengan CFO tidak lagi dikawal Kementerian dan tertakluk kepada nilai pasaran hartanah semasa.

4. Pembeli harus tahu jenis pelaburan yang hendak dibuat dalam tempoh jangkamasa panjang dan jangka pendek melalui pegangan tanah di mana bangunan kediaman berkenaan akan atau sudah siap dibina sepenuhnya.

Biasanya taraf tanah ada tiga iaitu pegangan bebas (untuk selama-lamanya), pajakan (biasanya 99 tahun) atau rizab Melayu yang hanya boleh dipindahmilik kepada orang melayu sahaja.

Kebiasaannya rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas mempunyai nilai tinggi di pasaran, sama ada ketika masih dalam pembinaan atau sudah siap kerana hartanah itu boleh dijual bila-bila masa dan kepada sesiapa saja.

Bagi rumah yang dibina atas tanah rizab melayu, perlu diketahui bahwa ia khas untuk Bumiputra Melayu dan pembeli asal hanya boleh menjual kepada Bumiputra Melayu juga.

5. Pembeli perlu memahami secara amnya terma dan kandungan dalam surat perjanjian Jual beli (S&P). Perjanjian jual beli untuk bangunan kediaman yang sedang dalam pembinaan hendaklah mengikut format Jadual G ( Tanah dan Bangunan - rumah teres, berkembar, berangkai) dan Jadual H (Bangunan yang bermaksud pecah bahagi- kondominium, pangsapuri, townhouse)

Bakal pembeli digalak merujuk contoh salinan perjanjian jual beli rakan atau ahli keluarga yang pernah membeli rumah bagi mempersiapkan diri jika menghadapi masalah atau mengelak ditipu.

Jika pembeli memahami serba sedikit pengetahuan asas pembelian sesebuah rumah, masalah berbangkit khususnya berkaitan dengan perumahan dapat dihindari dan nasib anda sebagai pembeli akan terjamin..

P/s: rujukan masih belum lengkap, tapi ibu akan berusaha update maklumat berkaitan untuk membeli rumah ni sebagai pengetahuan yang boleh dikongsi bersama.
Isnin lepas seluruh Johor bercuti sempena hari hol..walaupun sampai sekrg, ibu tak penah faham apa itu hari hol yang disambut oleh negeri Johor nie..hari2 yang agak boring sebab tak g mana-mana pun..pagi tu bangun je tido, ibu ingat nak ajak abi g genting..tapi memikirkan selsema babi yang sedang panas melanda seluruh dunia sekarang, tambahan plak kat atas genting tuy ramai bebenor warga cinanya..ibu tukar plan ajak abi g A Famosa Resort.. dah lama sebenarnya nak datang sini, tapi belum pernah berkesempatan utk menjejakkan kaki ke sini, lintas je bila melalui highway PLUS dari KL ke JB..akhirnya petang tu kami selamat tiba di sana dalam keadaan hujan renyai-renyai..orang pun tak ramai sebab dah start keja dah negeri lain..dalam A famosa ni macam2 ada tempat kediamannya, dari hotel hingga la bungalow mewah untuk di sewa..kalau nak plan datang satu batalion, molek la sewa bungalow ni..kalau datang ciput je macam kami ni, hotel la yang paling sesuai..rate pada low season ni mmg murah berbanding peak season ataupun shoulder season.. ermmm cantik gak bilik hotelnya..paling ibu suka sebab dia asingkan tempat mandi dengan tempat membuang hajat..jadi boleh la wat keja masing2 tanpa menganggu gugat antara satu sama lain..biliknya juga luas..memang standard macam hotel mewah.. paling gembira sudah tentu la irdina nie..memang suka berjalan..hehehe..dah terikut perangai ibu ek..tengok la aksi-aksi betapa hepinya irdina nie.. malam tu tak ada aktiviti sangat, lagipun datang tanpa dirancang, just pegi makan kat bandar tampin..then just rehat-rehatkan badan dan minda.. esoknya kami bersarapan di dalam cowboy town, gambar tak ada sebab masa tu tak bawak kamera, pegi dengan tak mandi, selamba je..sebenarnya takut makanan habis..tapi yang ni memang ibu tak puas hati sesangat..makanan yang disediakan bukan ala buffet, tapi kita harus pilih set breakfast yang disediakan sama ada masakan cina, barat atau melayu..masakan barat hanya ada 2 sosej,roti 2 keping then telur dan juga kacang..masakan melayu ada nasi lemak dan telur sahaja..cina plak bubur nasi..adus..makan pun tak kenyang..memang tak suka..


lepas makan pagi, balik hotel mandi dan terus siap-siap untuk cek out..memang malang hari tu sebab tak dapat g water park..hari selasa memang water park tutup..so tak dapat la main-main air kat situy..so kami amik keputusan untuk ke taman mini asia memandangkan abi tak penah sampai sana.. bila sampai je, apa yang ibu lihat tempatnya tak banyak berubah dari 10 tahun yang lalu..cuma tempat ni dijaga dengan rapi, jadi segala rumah yang ada kat dalam ni terpelihara dan terpulihara la..memang penat giler jalan kaki sambil dukung irdina..stroller plak tak bawak..terpaksa la bergilir-gilir dengan abi dukung si kecil ini..

abi plak memang kepenatan..takper kita bg dia exercise sket..tapi abi hepi sebab dia tak penah sampai sini seumur hidupnya..ibu plak dah banyak kali datang namun tak pernah boring melihat khazanah yang barangkali ramai anak muda sudah melupakannya.. dah penat sangat dah tu..ibu dah tak larat nak dukung irdina lagi terus ajak abi kuar..waktu pun dah mencecah pukul 4 ptg..masa yang berbaki kami amik keputusan round2 bandar melaka jap..singgah la bazar depan kapal tu untuk beli sedikit ole2 bawak balik johor..posing2 sikit depan kapal tu..then terus bertolak pulang ke JB..tak sempat pun singgah eye on Malaysia sbb masa yang ada amat la terhad.. apa2pun ibu sangat hepi dengan percutian tanpa dirancang ni..hilang stress dan rasa bersemangat nak wat keja semula..insyaAllah jika diizinkan Allah, ibu nak wat family day kat A Famosa ni..leh la main kat water park
tuy..hehehe..bestnya..



alhamdulillah pada 7hb Jun yang lalu, selamat berlangsung majlis akikah irdina yang di adakan di umah atok kat panji..tertunai sudah hasrat ibu untuk akikah irdina makan kambing..dan atok telah melaksanakan tugasnya sebagai chef dengan jayanya sekali..

malam sebelumnya, kambing telah disembelih oleh tok duh, dibantu oleh atok, abi, ayah je dan ayah su..seronok diorg posing dgn kambing..

dan ibu amat berterima kasih pada ayah je dan ayah su yang sanggup pulang dari Kuala lumpur semata-mata untuk akikah irdina..

majlis ini juga menyaksikan ahli keluarga semua berkumpul setelah lama tidak bertentang mata..cuma che long sefamily dan ayah yo aje yang tak ada kerana komitmen tugas yang tidak dapat dielakkan..tak pe lah..

esok paginya, atok dan abi telah melaksanakan tugas masak gulai kawah..ibu lihat abi berpeluh-peluh gak..tukang kacau ke tukang mengacau, tak tau la..hehehe..


walaupun rasanya tak ramai yang dijemput, namun alhamdulillah ramai jg yang datang dan gulai daging dan kambing memang ngam2..tak membazir dan tak pula tak cukup..


buat tok wi dan tok su, terima kasih banyak2 kerana banyak membantu setiap kali buat makan kat umah panji..jasa kalian diingati sampai bila2..